Monday, 16 December 2019

Headset berkarat...



Tadaaaa… Cuba teka apa benda ni…?

Ini adalah sebahagian daripada bahagian Headset…

Apa itu Headset…?

Headset adalah bahagian depan Frame yang didalamnya terdapat bearing dan komponen lain serta berfungsi untuk menghubungkan Fork (suspension) depan dengan stem dan handlebar.😊

Tapi… tapi… tapi… kan….
Abg Wan yakin bukan 'part' tu yang korang nak tahu… Sebb sebagai seorang 'rider' basikal, korang mesti tahu dan kenal 'part' yg Abg Wan tunjukkan tu… Betul x…? Cuma yg menjadi tanda tanya… Apakah bendanya yang 'menghiasi' disekitar Headset itu. Ini Abg Wan dapat daripada basikal salah seorang 'customer' abg.

Meh Abg Wan story sikit… Itu adalah sejenis karat. Salah satu penyebabnya adalah daripada peluh dan air garam yang keluar daripada tubuh badan kita. Ia berkumpul sedikit demi sedikit menyebabkan headset akan mereput dan akhirnya akan patah… Opsssss… Mesti memerlukan modal yang besar untuk ganti yang baru...😅
Bila nk beli 'part' basikal yg baru pulak, nak kena beli jiwa org tersayang dulu untuk mendapatkan 'approval'... Betul x...😂😂

"Alaaa… Lepas kayuh cuci lah… Semburlah pakai air 'pipe' yang bertekanan kuat di sekitar situ…"

Betul… Cuci lah kan… Tapi korang perlu ingat…!! Tekanan air yg terlalu kuat bukan sahaja mampu membersihkan lumpur2 dan tanah2 yang melekat pada basikal anda malah ia juga boleh MEROSAKKAN komponen2 basikal anda terutama sekali 'bearing'... Dah kena keluar modal lagi nak beli 'bearing' baru…

Sama macam kita mandi, jirus guna air sarbun jer, mana nak hilang daki2 pada badan… Luaran nampak cantik dan wangi, tgk celah ketiak dan leher… MasyaAllah…  Berkerak kau...😅 Nak kena sental dan berus baru lah daki2 dan kotoran tu hilang...

Jadiii… Untuk mengelakkan pekara yg tidak diingin berlaku kepada basikal kesayang korang… Korang kenalah rajin2 'service' basikal korang… Buka satu2 'part' dan cuci… Tapi 'makesure' korang kena ingat betul2 dimana 'position' dan cara pemasangan balik yang betul nanti x pasal2 ada yg tertinggal dah kena buka dan pasang sekali lagi… Mesti korang rasa ianya agak merumitkan… Betul x… Jadi untuk pengetahuan korang, studio Abg Wan ada menyediakan perkhidmatan cuci basikal, servis basikal dan membaiki basikal dengan harga mampu milik…

Jangan segan silu boleh 'call' atau 'WhatsApp' Abg Wan pada nombor 0111 2368138… In sha Allah Abg Wan akan 'reply' sepantas kilat...😊

No comments: