Friday, 16 July 2021

MOULTON DELUXE

Sebelum


Selepas

Asal daripada hanya sebuah 'frame' lama abang ubah menjadi sebuah basikal yang seksi dan bergaya. 

Owner mengamanahkan kepada abang sebuah frame untuk abang setup menjadi sebuah basikal yang cantik dan seksi. 

Termenung juga lah kali pertama abang dapat frame ni. Apa nak buat..? Barang apa yang sesuai dengannya..? Combination yang bagaimana untuk jadikan dia sebuah basikal yang kelihatan gah apabila owner mengayuh..? Sebab abang hanya dapat frame sahaja tanpa lain2 sparepart bersamanya. 

Berbulan juga lah ambil masa untuk abang hasilkan basikal ini termasuklah waktu menunggu part2 yang abang order sampai daripada pengeluar. 

Terima kasih kepada isteri yang tak merungut membantu abang survey harga yang berpatutan. Biar orang kata alah membeli menang memakai... Haaa gituuuuu...

Nah hasilnya… MOULTON DELUXE idaman ramai, cantik, seksi dan bergaya… 










WanAmy Bicycle Repair & Service

Senawang Negeri Sembilan

Thursday, 10 June 2021

Essembling Merida 7000 Di2

Assalamualaikum... Berminat dengan pemasangan basikal...? Di sini abang Wan tunjukkan serba sedikit cara pemasangan Merida Reactor 7000 DI2... Boleh klik link di bawah untuk video YouTube... Untuk pertanyaan lanjut boleh roger abang Wan di talian 0111 2368138