Asal daripada hanya sebuah 'frame' lama abang ubah menjadi sebuah basikal yang seksi dan bergaya.
Owner mengamanahkan kepada abang sebuah frame untuk abang setup menjadi sebuah basikal yang cantik dan seksi.
Termenung juga lah kali pertama abang dapat frame ni. Apa nak buat..? Barang apa yang sesuai dengannya..? Combination yang bagaimana untuk jadikan dia sebuah basikal yang kelihatan gah apabila owner mengayuh..? Sebab abang hanya dapat frame sahaja tanpa lain2 sparepart bersamanya.
Berbulan juga lah ambil masa untuk abang hasilkan basikal ini termasuklah waktu menunggu part2 yang abang order sampai daripada pengeluar.
Terima kasih kepada isteri yang tak merungut membantu abang survey harga yang berpatutan. Biar orang kata alah membeli menang memakai... Haaa gituuuuu...
Nah hasilnya… MOULTON DELUXE idaman ramai, cantik, seksi dan bergaya…
WanAmy Bicycle Repair & Service
Senawang Negeri Sembilan